Cara mengira harga renovation

Mengira harga renovation bukannya perkara mudah. Anda pasti pening untuk menganggarkan kos renovation rumah anda jika anda tiada pengalaman menggunakan khidmat kontraktor sebelum ini.

Kebanyakan tukang yang sudah biasa melakukan kerja kerja buruh amat mahir untuk menganggarkan kos pekerja dan kos bahan untuk sesebuah projek. Mereka hanya perlu hadir dan melihat sendiri tapak lokasi projek dan boleh menggangarkan jumlah upah yang mereka mahu berdasarkan anggaran masa untuk mereka menyiapkan kerja renovation itu.

Cara menganggarkan kos renovation

kira harga renovation rumah

Luas tapak X Harga sekaki persegi = Harga Renovation

Contohnya, renovation untuk menambah ruangan dapur:

Luas =20 kaki lebar x 10 kaki extend ke belakang

=200 kaki persegi

Harga sekaki persegi untuk renovation = RM130 sekaki persegi

Jumlah = 200 kaki per segi X RM130 sekaki per segi

= RM 26,000.00

Untuk mengira harga kemasan kemasan rumah anda, anda juga boleh menggunakan teknik yang sama seperti yang diatas. Harga ini boleh ditambah keatas harga renovation asas.

Senarai harga renovation rumah pada tahun 2019.

Untuk dapatkan harga terkini, sila ke laman harga di sini.

Harga ini adalah harga standard yang digunakan pelbagai kontraktor, namun semua harga bergantung kepada lokasi anda dan juga lokasi kontraktor.

Selain daripada itu, harga juga bergantung mengikut saiz ruang anda. Jika ruangnya luas dan besar, lebih mudah renovation dilakukan maka harga juga semakin murah dan begitulah sebaliknya jika ruang anda kecil dan sempit.

Harga juga bergantung kepada kepakaran kontraktor. Jika kontraktor tersebut pakar dalam membina rumah untuk pelanggan besar, mereka mengenakan bayaran yang lebih tinggi. Kontraktor yang kecil pula kemungkinan mengenakan bayaran yang lebih murah tapi memberikan anda barangan yang lebih murah untuk finishing anda.

Kami menggunakan rangkaian syarikat kami yang luas untuk menyesuaikan kehendak anda dengan bajet anda. Kami berada di seluruh negara, dan memberikan harga yang kompetitif kerana kami berada berdekatan anda.

Lawati laman web kami www.renovationrumah.com.my untuk maklumat lanjut.

error: