Wainscotting dinding bukan sahaja menambah seri sesebuah rumah, malah ia memberikan fungsi penyelengaraan yang baik kepada permukaan dinding yang mudah kotor. Dinding dengan lapisan kayu mengurangkan masalah kotoran degil di permukaan cat dinding dan memudahkan proses mencuci dan mengemas rumah.

Walaupun begitu, ia seringkali ditambah untuk mengubah sesuatu ruang kosong kepada ruangan yang lebih elegan dengan menambah butiran menarik keatas ruang yang pada asalnya tiada apa apa butiran langsung pada binaanya.

Wainscotting Wall Frame
+- RM 7500
Wallframe
Pemasangan Segera
Design Ekslusif
Murah
Cantik
Dapatkan Segera

Ia sungguh praktikal sehinggalah anda mengambil kira tentang kosnya. Sehingga sekarang, anda sudah tidak perlu risau lagi kerana terdapat teknologi terkini yang tidak lagi memerlukan kepakaran tukang kayu untuk memotong khas panel-panel kayu.

Dengan adanya teknik perkilangan untuk mencetak potongan-potongan kayu dengan cepat, dan produk MDF “precision made”, harga kini bertambah murah dan mudah dan menjadi option yang sesuai untuk dipasang di rumah anda.

Jenis Wainscotting

wainscotting malaysia

Ada lima jenis panel wainscoting: Raised Panel, Flat Panel, Beadboard, Overlay, and Board and Batten.

Raised panel boleh dikenalpasti melalui panel yang berada dihadapan styles dan rails.

Flat panel boleh dikenalpasti melalui panel yang berada di belakang styles dan rails.

Beadboard diperbuat dengan kayu individu halus yang di susun bersebelahan satu sama lain. Setiap daripadanya di ikat sebuah tongue-and-groove system.

Overlay ialah campuran flat panel dan raised panel. Flat panels dipasang dahulu sebelum panel panel lain ditambah diatasnya.

Board and batten pula adalah flat panel dengan board menegak yang digunakan untuk menutup seams atau styles. Papan tambahan dikenali sebagai battens.

Gallery

Anda boleh memasang sendiri wainscotting di rumah anda. Ikuti video ini untuk langkah langkah yang perlu anda tahu.

Bahan-bahan wainscotting boleh dibeli di kedai shopee ini.

Muat turun applikasi kami untuk melihat sebut harga projek projek lain di sini.