Syarat permit renovation rumah yang anda perlu tahu.

Syarat permit renovation rumah ini disediakan untuk memberi panduan secara am kepada pemilik rumah mengenai cara yang betul renovate rumah kediaman.

Pelan permit renovation

Artikel ini menyediakan panduan pelaksanaan kerja-kerja renovate daripada awal sehingga siap yang merangkumi:

  1. Kepentingan memenuhi kehendak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  2. Keperluan melantik kontraktor / konsultan berdaftar
  3. Kepentingan menggunakan perkhidmatan kontraktor / konsultan yang sah antara pemilik rumah dengan kontraktor

Isu renovation yang perlu diberikan perhatian

  1. Tambahan binaan melebihi had
  2. Sampah sisa binaan tidak diselenggara
  3. Bina tanpa kebenaran jiran
  4. Aduan jiran
  5. Pembinaan terbengkalai

Prinsip asas syarat permit renovation rumah.

  1. Pemilik bangunan/ pemohon yang ingin melakukan kerja renovation perlu mengemukakan pemohonan dan mendapat permit terlebih dahulu daripada PBT.
  2. Pembinaan kerja-kerja renovation hendaklah mematuhi UKBS 1984. PBT boleh tidak mengeluarkan permit bagi sesuatu kerja-kerja renovation yang difikirkan boleh memberi implikasi negatif di antara lainnya kepada keadaan lalu lintas, pengudaraan, pengcahayaan, estetik dan keharmonian persekitaran.
  3. Pemilik bangunan/pemohon adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kerja renovation yang dilaksanakan.
  4. Pemilik bangunan/ pemohon bertanggungjawab bagi memastikan binaan disiapkan dengan kemas dan teratur serta tidak mengakibatkan gangguan kepada jiran.
  5. Pemilik bangunan/ pemohon adalah bertanggungjawab bagi memastikan aspek pencegahan dan pengawalan kebakaran diambilkira dalam sesuatu kerjakerja renovation.
  6. Pemilik bangunan/pemohon hendaklah memastikan sisa-sisa binaan diletakkan di tempat yang tidak menghalang lalu lintas dan hendaklah dibersihkan dari tapak binaan setelah kerja-kerja selesai dijalankan.
  7. Permit yang dikeluarkan oleh PBT hanyalah untuk tempoh satu (1) tahun. PBT boleh mempertimbangkan lanjutan tempoh sekiranya tempoh permit hampir tamat bagi pemilik/pemohon yang masih bercadang membinanya.
  8. Permit dikeluarkan kepada kediaman sesebuah dan teres tetapi tidak termasuk rumah – rumah unit berstrata, kediaman bebilang tingkat, townhouse dan bangunan bukan kediaman.

Kategori renovation mengikut definisi Pihak Berkuasa Tempatan

Ada tiga kategori utama syarat permit renovation rumah.

  1. Kategori A- Kerja kecil minima dan pasang siap
    • Tidak perlu permit
  2. Kategori B- Kerja-kerja yang tidak melibatkan unsur struktur dan penambahan lantai sediada.
    • Perlu permit renovation
    • Dokumen:
      1. Pelan lakar
      2. Yuran permit renovation
  3. Kategori C- Kerja-kerja melibatkan unsur struktur dan penambahan lantai/ tingkat.
    • Perlu kelulusan pelan
    • Perlu Certificate of Completion and Compliance (CCC)
    • Dokumen:
      1. Pelan lakar
      2. Yuran proses pelan
      3. CCC

Kategori A : Tidak Perlu Permit Renovation Rumah

Binaan luaran yang siap secara buatan kilang

  1. Memasang atau mengganti alat penyaman udara
  2. Memasang grill yang telah siap daripada kilang
  3. Menambah lampu hiasan di tiang pagar atau tiang tempat letak kereta (porch)
  4. Kerja-kerja mengecat luar rumah (jenis dan warna cat tertakluk kepada garis panduan PBT).
  5. Memasang penyidai kain/ampaian
  6. Memasang sengkuap (awning) tertakluk kepada garis panduan PBT
  7. Memasang jubin lain-lain kemasan lantai dan dinding luar dengan luas keseluruhan tidak melebihi daripada 6.5 meter persegi
  8. Membina atau membaiki lantai lepaan simen luaran yang tidak melebihi daripada 6.5 meter persegi
  9. Memasang atau membaiki sesalur tegak air hujan (Rainwater Down Pipe)
  10. Memasang atau membaiki talang air hujan (gutter)
  11. Memasang kolam ikan pasang siap
  12. Memasang rumah pondok haiwan pasang siap
  13. Memasang Gazebo pasang siap tertakluk kepada garis panduan PBT
  14. Memasang siap/meletak rumah kotak ibadat atau rumah hijau pasang siap
  15. Memasang Pergola pasang siap tertakluk kepada garis panduan PBT
  16. Mengganti pagar berdawai sedia ada
  17. Memasang/meletak kabin pasang siap tertakluk kepada garis panduan PBT

Binaan luaran yang siap secara buatan

  1. Gazebo, pergola, kabin dan rumah haiwan pasang siap
  2. Kerja mengecat luar rumah (jenis dan warna)

Binaan dalam yang siap secara buatan

  1. Memasang atau menganti siling berpanel selain daripada siling lepa (plaster ceiling)
  2. Membina atau membaiki lantai lepaan simen dalaman yang tidak melebihi daripada 6.5 meter persegi
  3. Memasang atau mengganti jubin/lain-lain kemasan lantai dan dinding dalaman tidak melebihi daripada 6.5 meter persegi
  4. Kerja-kerja mengecat dalam rumah v
  5. Memasang kaunter bina dalam (built in cabinet).

Kerja-kerja elektrik

  1. Kerja-kerja pendawaian untuk tujuan landskap atau hiasan, CCTV dan pintu pagar automatic

Kerja-kerja penyelenggaraan mekanikal

  • Kerja-kerja pembersihan pendingin hawa
  • Kerja-kerja penggantian dan penyelenggaraan tangki

Perubahan dinding dalaman (tanpa perubahan struktur asal)

  • Kerja-kerja bukaan
  • Memasang atau mengganti aksesori dinding seperti tingkap, pintu dan lain-lain yang seumpamanya

Kategori B: Perlu Permit Renovation Rumah

Kerja-Kerja Pembinaan Luaran

  1. Mengubahsuai pagar dan tembok sedia ada
  2. Mengubahsuai atau membaiki longkang
  3. Memasang jeriji besi yang melibatkan kerja-kerja kimpalan ‘in-situ’, pemotongan jeriji dan bahan pembuangan.
  4. Mengubahsuai rumah sampah sedia ada
  5. Membina pergola
  6. Membina takungan air yang tidak boleh melebihi kedalaman 0.5 meter
  7. Membina rumah haiwan
  8. Membina gazebo
  9. Membina rumah/pondok ibadat atau rumah hijau tidak melebihi 1 meter persegi
  10. Memasang teduhan seperti sengkuap (awning) dan struktur membran yang melibatkan pertambahan tiang dan kabel
  11. Sebarang perubahan kemasan melibatkan perubahan fasad
  12. Sambungan bumbung terbuka yang tidak melibatkan struktur tambahan
  13. Sambungan bangunan terbuka tidak melebihi 6.5 meter persegi

Kerja-kerja pembinaan dalaman

  1. Memasang atau mengganti kemasan lantai atau dinding melebihi daripada 6.5 meter persegi.
  2. Membina kaunter dan kabinet bina dalam (built-in cabinet)
  3. Memasang atau menggantikan siling lepa (plaster ceiling)
  4. Membina atau membaiki lantai lepaan simen yang melebihi daripada 6.5 meter persegi
  5. Mengubahsuai aksesori sanitari

Kategori C: Kerja-kerja ubahsuai yang perlu dikemukakan oleh Principle Submitting Person (PSP) untuk kelulusan permit renovation rumah.

Kerja-kerja pembinaan

  1. Pengubahsuaian yang melibatkan pertambahan ruang melebihi 6.5 meter persegi.
  2. Pengubahsuaian yang melibatkan pertambahan tingkat berbentuk loteng dan lantai mezzanine bagi bangunan sediada
  3. Meroboh dan membina semula sebahagian bangunan asal
  4. Pemasangan struktur untuk paparan iklan/billboard
  5. Apa-apa tambahan atau perubahan kepada sesuatu bangunan yang menjejaskan atau mungkin menjejaskan susunan parit dan kebersihan
  6. Membuat atau membina semula bumbung sesuatu bangunan atau sebahagian daripadanya
  7. Membina pagar tembok
  8. Membina baru depot sampah berpusat

Kerja-kerja Elektrik

  • Pendawaian semula seluruh atau sebahagian bangunan

Kerja-kerja Mekanikal

  1. Memasang atau mengganti sistem mekanikal

Rujukan:

  1. GARIS PANDUAN PROSEDUR PENGELUARAN PERMIT KERJA UBAHSUAI ,BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERUNDANGAN TEKNIKAL JABATAN KERAJAAN TEMPATAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
  2. GARIS PANDUAN PENGKATEGORIAN KERJA-KERJA UBAHSUAI KECIL, MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
  3. PANDUAN UBAHSUAI BANGGUNAN, MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM
  4. BUKU PANDUAN UBAHSUAI KEDIAMAN, CIDB
error: