Keburukan tukang rumah pendatang asing dan cara melaporkan mereka.

jabatan imigresen malaysia

Kebelakangan ini, pelanggan lebih suka mengupah kontraktor asing dan pendatang asing tanpa izin PATI dalam sektor pembinaan kerana mereka mampu memberikan harga yang sedikit lebih murah berbanding kontraktor tempatan dan tukang tempatan. Pendatang asing sudah berani mengiklankan perkhidmatan mereka secara terbuka, malah ada yang menyebarkan gambaran buruk tentang kontraktor tempatan.

Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita yang berminat dalam bidang pekerjaan ini.

Ada antara pendatang asing ini yang menjadi kaya-raya dengan menipu warga tempatan, menyediakan khidmat tanpa kualiti serta ilmu kejuruteraan yang secukupnya. Mereka tidak menggajikan pekerja tempatan, tidak menyewa kedai dan pejabat, tidak mengikut spesifikasi keselamatan, dan tidak ada tangungjawab setelah melakukan kesalahan terhadap tuan rumah.

Bahan mentah yang mereka perolehi juga kurang kualitinya, kerana berasal dari tapak projek pemaju perumahan lain yang mereka curi. Bahan bahan ini tidak disimpan dalam keadaan yang betul menyebabkan integriti serta kualiti bahan rosak dan luput.

Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini menyebabkan kesan buruk terhadap ekonomi negara yang kita sendiri rasakan sekarang.

Demi menyelesaikan masalah ini, semua pihak harus memainkan peranan mereka dengan baik supaya hanya pendatang asing yang sah yang berada di dalam negara. Untuk mencapai yang terbaik demi ekonomi negara kita di masa hadapan, kita tidak seharusnya berharap sepenuhnya kepada kerajaan. Oleh itu,langkah yang kecil tetapi berani harus bermula daripada anda agar bilangan pendatang asing tanpa izin ke Malaysia dapat dibendung dengan jayanya.

Kami menyokong dah mengucapkan tahniah kepada Jabatan Imigresen Malaysia kerana telah menahan SERAMAI 49,193 warga asing di seluruh negara sejak Januari lalu.

Laporkan pendatang asing tanpa izin, majikan, dan pelanggan mereka kepada pihak berkuasa di talian berikut:

04-9770879 – Perlis

04-7333302 – Kedah

04-3906170 – Pulau Pinang

05-5017141 – Perak

03-55117230 – Selangor

03-62057515 – Kuala Lumpur

1-300-884667 – Negeri Sembilan

06-2322562 – Melaka

07-2338588 – Johor

09-5717868 – Pahang

09-6270149 – Terengganu

09-7441833 – Kelantan

088-488853 – Sabah

082-486504 – Sarawak

087-423297 – Labuan

03-88801294 / 03-88801347 / 03-88801346 – Putrajaya

aduan pendatang asing tanpa izin

Ingin mencari kontraktor tempatan yang sesuai dengan bajet anda? Hubungi Kami

error: